Khamis, 9 Februari 2012

setelah 4 thn hilang



alhamdulillah akhirnya jumpe balik blog yg dah lama hilang.. hehehe..salah sendiri la ni..ada satu lagi blog pon x jumpe lagi. kes dah buat pastu x igt id dengan password.

sepanjang 4 tahun ni terlalu byk pahit manis yang aku lalui. kadang2 rasa banyak pembaziran masa telah berlaku. huhuhu. kesalnya fikirkan balik.

sepanjang tahun-tahun yang silih berganti aku lalui dengan tabah, sedih, gembira, apapun alhamdulillah segalanya dimudahkan.

untuk tahun ni azam baru lagi. sama cam tahun lepas tapi upgrade sikit. mudah-mudahan berjaya. amin

kembali lagi

demi masa yang ditinggalkan
hadirmu dulu memberi pelbagai rasa
perit, pedih, damai dan teruja
tersimpan dalam diari hatiku

kini masa kembali
dan terus berjalan
tanpa henti tanpa menoleh ke belakang
kadang kurasa terlalu laju meninggalkanku
kadang pula begitu lambat melewati diri ini

kuharap masa yang dipinjamkan dariNya
melewati kami dengan sabar
menemani kami dengan iman
menyusuri tiap detik dengan ketabahan

duhai masa yang lalu
kusimpanmu jadi azimat
mungkin esok ada hikmah
dalam kelam ada cahaya
dalam gelita ada sinar
bawa rahmat sekelian alam