Jumaat, 13 April 2012

satu hari yang menduga

Assalammualaikum wbt..

Hari ini benar-benar menduga diri saya. Dari pagi lewat ke tempat kerja kerana tersilap hari. Subuh lagi saya terima mesej dari kawan baik. "Pagi". Pendek sahaja mesej yang dikirimnya. "Salam subuh sabtu" balas saya pula. Sedang sibuk berwuduk baru saya teringat. Hehehe terlupa pula saya hari ini masih lagi hari bekerja, penghulu hari Jumaat. 


Lewat saya ke tempat kerja hari ini. Bersarapan seorang diri seadanya di pantri. Lebih baik begitu. Takde cerita ceriti yang perlu masuk ke dalam telinga. Kurangnya sedikit selera jika begitu.

Kembali ke meja yang  sempit dan berserabut. Inilah pilihan yang saya ada ketika ini. Kadang-kadang saya terfikir sampai bila harus begini. Bosannya hidup saya. Melakukan pekerjaan yang tidak disukai setiap hari. Harus berdepan  bos-bos yang tak suka mendengar. Jika mendengar sekalipun kenapa negatif yang difahaminya. Mengapa begitu pemikiran  mereka. Silap sayakah yang berkata-kata. Ada masa saya lebih suka mendiamkan diri. Tapi adakalanya terlepas jua satu dua perkara. 


Sukarnya bekerja di sini. Hanya Tuhan saja yang tau. Mungkin satu hari nanti saya dapat keluar dari gubuk ini. Ke satu tempat yang  lebih  baik buat diri saya. Amin....




Tiada ulasan: