Assalammualaikum
Malam ini saya menonton Astro Oasis Debat Imam Muda Vs Ustazah Pilihan. Tajuknya Pemimpin Hak Mutlak Lelaki?
Secara peribadinya saya setuju dengan tajuk ini. Walaupun saya sendiri seorang wanita. Hakikatnya di dunia ini kurangnya kaum adam yang layak menjadi pemimpin kaum hawa dari sudut agama iaitu imam. Memang benar selayaknya seorang lelaki itu memimpin keluarganya. Tapi pada zaman ini terlalu sukar untuk mencari seorang yang layak untuk memimpin. Memang ada tapi jumlahnya terlalu kecil. Inilah yang menjadi masalahnya di dunia ini.
Berbalik pada tajuk debat malam ini. Memang hangat dengan Ustazah Fiza dan Imam Muda Fakhrul yang lantang bersuara. Imam Muda Nuri dan Ustazah Fatimah yang lemah lembut tapi penuh pengisian. Seronok dengan Ustaz Ridhuan Tee sebagai pengerusi yang kelakar dan hikmah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan