Jumaat, 24 Ogos 2012

Ramadhan Yang Terlewat


Saat ini sudah 6 Syawal
Kenapa hari-hari yang aku lalui terasa  terlalu biasa?
Tiada rasa teruja menghadapi hari-hari yang sepatutnya indah
Mungkin kerana lancang mulutku
Mengatakan aku dah terbiasadengan suasana berpuasa
Riaknya aku  waktu tu
Sedangkan Ramadhan itu sungguh berlainan
Aku rasa hatiku seakan mati
Bisu dari rasa  gembira
Aku biasa-biasa aje
Maafkan aku Tuhanku kerana lafaz bongkak kata-kataku
Kerana kejahilanku Ramadhan telah terlewat
Terlewat untuk aku rasai 
Nikmatnya bulan seribu hikmah



Jumaat, 15 Jun 2012

saya rindu manisnya hidayah

Assalammualaikum...
bila lihat ramai hamba Allah swt yang baru mendapat hidayah...saya lihat manisnya wajah-wajah mereka. indahnya, lapangnya dada mereka...saya teringat saat saya juga baru menerima hidayah. manisnya saat itu. dibandingkan hidup saya kini saya rasakan biasa-biasa saja. manis  itu seakan sirna. saya benar-benar rindu  saat disapa hidayahMu ya Rabb....
kembalikan rasa itu amin amin amin



Selasa, 8 Mei 2012

hmmm...apa nak buat? serah padaNya

Letihlah saya...
Saya serahkan segalanya padaNya
Sebab saya dah tak mampu nak melawan  segala yang datang
Jadi saya redha aje
Sebab saya xde kuasa sebesar kuasaNya
Saya xde sabar sebesar sabarNya
Saya xde kekayaan sebesar kekayaanNya
Saya xde kasih sayang sebesar kasihNya
Maafkan hambaMu ya Rabbi
HambaMu memohon keampunanMu
Berilah kekuatan  untukku duhai yang Maha Pengasih




Keindahan pagi di Putrajaya

Isnin, 7 Mei 2012

maafkan saya adik-adik sekalian


  • Dua hari lepas saya dah sakitkan hati orang.
  • Kadang-kadang saya ni ada time pasang surut. Orang yang tak bersalah pun jadi mangsa. Saya menyesal sebab kecikkan hati mereka.
  • Tapi tulah kena banyak bersabar. Saya menyesal sangat sebab mereka baik juga pada saya.
  • Sebagai manusia biasa saya nak minta maaf pada adik-adik sekalian. Maafkanlah saya.


Ahad, 6 Mei 2012

Kasih seorang Abah...Saya sayang abah selamanya

Abah....
hadirmu dalam hidup adik sangat bermakna
Adik ingin menjagamu
Seperti abah menjaga adik
Kasih sayang abah sangat besar
Tapi sering adik ketepikan
Maafkan adik abah
Hari ini adik ingin abah tau
Adik sayang sangat pada abah
Selamanya.....
Semoga abah sembuh seperti dulu
Ke masjid seperti dulu
Ceria seperti dulu
Semoga abah sentiasa dalam lindunganNya
Amin amin amin






hari minggu saya

Assalammualaikum, penghujung mlm minggu. Esok monday blues berleluasa. Kerja-kerja yang hendak dibuat dah bersusun dalam otak. Tinggal nak laksanakan esok. Semangat sentiasa membara cuma niat untuk membereskan tanggungjawab. Tak lebih tak kurang. Lega bila kerja selesai. Syukur alhamdulillah. 

Rindu sangat nak balik kampung. Meronta-ronta dalam jiwa. Rasa nak sangat pindah keje dan duduk kat sana. Paling penting dpt jenguk abah selalu. Mudah-mudahan niatku dimakbulkan Ilahi. Amin....


Hujung minggu layan upin ipin best sangat. Walaupun kartun tapi sarat dengan pengajaran.  Watak-wataknya rasa dekat dihati. Teringat zaman kanak-kanak masa arwah atuk ada lagi. Dari zaman ni la watak kita terbentuk hingga dewasa. Sesungguhnya ketika umurku meningkat begini perasaanku masih sama. Ada lagi keanak-anakan dalam diri. Patutlah dulu rasa pelik tengok orang tua-tua perangai macam budak-budak. Yang mendewasakan  kita ialah pengalaman. Bila teringat memori silam buat saya tersenyum dan sayu. Apa khabar saudaramaraku tersayang yang telah pergi? Alfatihah untuk semua......




Rinduuuuuuuu  suasana kampung... Aku budak kampung!!

Khamis, 3 Mei 2012

letihnye saya..esok ok? amin

Assalammualaikum mlm jumaat yang mulia.

Letih mengantuk sakit dada. Tapi sukar nak  lelapkan mata. Entah kenapa macam-macam yang difikirkan. Harap semua akan ok. Pelangi indah muncullah selepas awan kelabu menutupi indahnya biru langit.

Semoga jerih perih selama ni akan berbalas dengan 1001 kebaikan. Penat latih selama ni akan berganti ketenangan jiwa yang mendamaikan selamanya. Amin