Jumaat, 24 Ogos 2012

Ramadhan Yang Terlewat


Saat ini sudah 6 Syawal
Kenapa hari-hari yang aku lalui terasa  terlalu biasa?
Tiada rasa teruja menghadapi hari-hari yang sepatutnya indah
Mungkin kerana lancang mulutku
Mengatakan aku dah terbiasadengan suasana berpuasa
Riaknya aku  waktu tu
Sedangkan Ramadhan itu sungguh berlainan
Aku rasa hatiku seakan mati
Bisu dari rasa  gembira
Aku biasa-biasa aje
Maafkan aku Tuhanku kerana lafaz bongkak kata-kataku
Kerana kejahilanku Ramadhan telah terlewat
Terlewat untuk aku rasai 
Nikmatnya bulan seribu hikmah



Tiada ulasan: