assalammualaikum w.b.t
Saya rasa dalam 1-2 bulan ni hidup saya carca marba. Kehidupan saya kelam kabut. Tunggang langgang dan tunggang terbalik. Yang jadi masalahnya macamana saya nak kembalikan macam sediakala. Pening saya memikirkannya. Kembali pada Pencipta itu aje caranya. Semasa saya dilanda masalah saya telah melakukan beberapa kesilapan. Antaranya:
1. Meluahkan kemarahan pada orang di sekeliling
2. Menyusahkan diri dengan risau keterlaluan
3. Tak kuat semangat
4. Tak tetap iman di dada
5. Terburu-buru dan kelam kabut
6. Berfikiran negatif
7. Cuba menyelesaikan masalah sendiri
8. Terlalu banyak berfikir
9. Berkata-kata yang tidak sepatutnya
10. Tidak redha pada ketentuan (konfius di antara usaha dan redha)
Penyelesaian yang dapat saya fikir setakat ini ialah:
1. Dekatkan diri lebih lagi pada Yang Esa
2. Tumpukan pada saat ini bukan semalam dan esok
3. Maafkan semua orang dan lupakan
4. Ubah diri jadi lebih tenang
5. Jangan mudah marah walau terluka
6. Hadapi dengan senyuman
7. Menjadi seperti pokok walau dilempar batu tetap memberi buah
8. Sucikan hati
9. Sucikan jiwa
10.Sucikan nurani (klorok bg suci)
Ya Tuhan, Semoga hari esok lebih baik dari semalam. Amin







.jpg)

