hari ini datang membawa rahmat buatku
tapi kenapa memori silam hadir bersamanya
luka dulu dah lama hilang
tiada parut dan aku gembira kini
namun hadir pula kenangan lain
yang tidak perlu untuk mengusik jiwa
sedih pilu sayu dan aku bersabar
aku bertawakal
aku kuatkan azam dan semangat
kerana selangkah kehadapan kaki menapak terasa amat payah
ibuku dulu pergi membuat duka dihatiku
aku tak ingin kenangan indah bersamanya dibawa angin
aku ingin duka silam lenyap dari jiwa
biar yg cantik terus mekar dalam sanubari sampai bila-bila
amin amin amin
walaupun dirimu tiada ibu
semangatmu yang terus berjuang kekal dalam diriku
tak pernah kau mengaku kalah
kerana kobaran api pembakar semangatmu
akan menjadi ilham buat anakmu
aku berdoa moga dirimu diberkati
dan aku amat sayang padamu duhai ibu
moga Allah swt mengampuni dirimu dan abah
mencucuri rahmat atas rohmu
meluaskan tempat tidurmu
dan menjaga diriku agar tidak lupa pada jasamu
ibuku sayang ibuku sayang
aku rindu padamu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan